CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, January 21, 2012

Ibu Ayah

Ibu Ayah ...
tahukah kita betapa gembiranya mereka ketika kita di lahirkn ke dunia??
kita merupakan anugerah terindah kurniaan Illahi sebagai lambang kasih sayang ibu dan ayah kita..
kita dibesarkan dengan sepenuh kasih sayang..
sehingga kadang2 seekor nyamuk pon tak dibenarkan melintasi kita..
betapa hebatnye kasih sayang ibu dan ayah kita..

tapi semakin dewasa seorang anak itu, 
dia semakin lupa diri..
ibu dan ayah dianggap seperti musuhnya..
ibu dan ayah kadang2 sudah seperti tiada makna dalam hidupnya..
ibu dirasakan merunsingkan kerana sering membebel..
ketegasan ayah membuat dia berasa tidak selesa di rumah..
bagi dia mungkin rumah seperti "neraka"
tidak pernah dapat hidup dengan aman walau dirumah sendiri..

tapi lupakah dia?
bukankah marah dan tegasnya ibu bapa itu tanda kasih dan sayang mereka pada kita..
semakin banyak larangan sang ayah menunjukkan betapa ayah sangat mengambil berat tentang kita..
semakin kuat ibu membebel bukankah itu tandanya dia sangat sayangkan putera puterinya??
mereka hanya mahukan anak2 mereka menjadi yang terbaik..
tapi si anak tidak mahu mengerti sama sekali..

wahai si anak !!
ingatlah kamu jika hari ini kau sakiti hati kedua ibubapa mu,
hari esok anakmu jua akan melakukan hal yang sama seperti kau lakukan pada orang tua mu..
jika anda pernah mengguris hati dan perasaan kedua orang tua anda,
segeralah memohon ampun dan maaf dari mereka sebelum anda kehilangan mereka..
jangan menyesal di kemudian hari...
tiada siapa yang tahu bila ajal mereka dan kita akan datang menjemput..
gunakanlah kesempatan yang masih ada ini sebaik2nya...
renung2kan lah ye..


nota kaki : saya syg mak dengan abah..=) both of you are my precious treasures that cannot be replace by anyone else in this world. thanks for being my wonderful parents. 




No comments:

Post a Comment