CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Monday, August 20, 2012

SALAM LEBARAN

setelah berlalunya sebulan Ramadhan 
kini tiba lah giliran Syawal menjelma..
sempena bulan baik lagi mulia ini..
saya Shaidatul Nur Syazwana Bt Mohd Sharif
ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..

kepada semua yang mengenali diri ini,
andai ada kata-kata mahupun tingkah laku saya yang telah menguriskan hati anda secara langsung atau tidak langsung,
hanya kemaafan yang tulus ikhlas dapat saya mohon dari anda2 semua..
HARAP DI MAAFKAN SEGALA SALAH DAN SILAP SELAMA INI YE..

to Umi Salmah & Hanis..
thanks for the card..
hanis tq sebab kasi duit raya skali..
hehe..
dari hanis n suami ye..(Amin!!!!!!)



*tak sangka dah besar2 ni pon still ada org bagi duit raya..hehe..
awesome!!!

Tuesday, May 1, 2012

BERSIH 3.0

sape yang x taw pasal Bersih 3.0 kn??
HOT issue right now!!!!!!!
well ak bukan nak bercakap pasal politik kat sini..
just aku nak bagi pendapat and pandangan aku yang tersendiri je..

aku rasa tak salah kalau nak berdemostrasi sampai 2-3 hari pun..
yang salah bila demostrasi tu menjejaskan orang lain..
sebelum ni aku bangga sebab aku duduk kat malaysia yang aman damai..
tp sekarang???
macam lebih kurang je malaysia dgn negara2 yang sedang bergolak macam thailand semua tu..
sometimes rasa macam x berapa nak selamat je..

cuba kita fikir kesan dari perhimpunan2 camni..
setiap ape yang berlaku dalam negara kita akan tersebar di seluruh dunia..
cuba fikir apa pandangan negara lain kat negara kita???
macam mana plak dengan ekonomi negara kita??
tu secara international la..
kalo effect kat malaysia plak??
sebab perhimpunan ni je ada gak nyawa yang melayang...
ramai tercedera , harta benda awam rosak..
cuba fikir kita rosakkan harta benda awam kn? duit beli harta benda awam tu dari mana??
bukan ke tu duit kita semua??
kita musnahkan benda2 tu semua ibarat kita sedang membazir harta kita sendiri..
so ape FAEDAHNYE???
nothing at all..

why not kalo parti pembangkang dengan kerajaan berunding baik2..
rakyat pon jangan la ikut hati dan nafsu je..
kita ada pelajaran kenapa nak bertindak macam orang yang kurang pelajaran??
ape guna belajar tinggi-tinggi tapi perangai macam orang tak bertamadun..
aku tak kata kerajaan atau pembangkang betul..
bagi aku semua pihak bersalah..
pembangkang salah, kerajaan salah, rakyat salah, serta polis pon salah gak..
dalam demostrasi ni semua pihak bersalah..
rakyat Malaysia terkenal dengan sopan santun dan budi bahasa yang tinggi..
tapi apa yang berlaku sekarang tidak mencerminkan langsung nilai-nilai murni rakyat Malaysia..

serius aku sedih tengok keadaan sekarang..
kita satu negara tapi kita tak sehaluan langsung..
terutama orang melayu sendiri..
kita bergaduh sesama sendiri, hang kata aku aku kata hang..
hang tuduh aku, aku tuduh hang..
so bila nak ada jalan penyelesaiannye??
slogan satu malaysia kita laungkan dengan megah..
tapi mana buktinya laungan kita tu???
kita harus duduk sebentar dan bermuhasabah diri...
negara seperti apa yang kita nak bentuk sbenarnya untuk generasi akan datang????
kita adalah warna yang akan mewarnai sejarah untuk generasi akan datang..
sebagai rakyat yang berpendidikan kita renung-renungkan dan fikir-fikir kan...
sekali lagi aku nak kata aku bukan nak berpolitik kat sini tapi ini pandangan aku sendiri pasal isu yang hangat la ni..
so sorry kalo ada pihak yang rasa pendapat aku ni just a bullshit..
but as usual i dont care!!!!!haha..
kita berhak suarakan apa sahaja..
so
peace no war!!!! =)







Saturday, April 28, 2012

Hangout with Aiza & Aina...

seminggu berlalu sudah...
cepatnye macam baru semalam je balik rumah..hehe..
pendek kata tak puas lagi la nak berehat2 kat umah..huhu..
rehat je dalam otak ni kn??
padahal..
assignment n test melambak tengah tunggu aku..hehe..
kalau balik umah memang tak jadi kerja langsung..
kononnya bawa balik buku nk study la tapi tak pernah buka pon buku2 tu..
buat berat beg je bawak balik byk2 buku..hehe..

hari tu sempat gak la aku hang out ngan Aiza n Aina Kina..
mentang2 la duit PTPTN dah masuk diorang pon shopping melampau la..hehe..
disebabkan duit aku x masuk2 lagi aku hanya mampu melihat je la..haha..
ape pon thanks to diorang sebab belanja aku makan..hehe..
terpaksa la diorang tanggung aku memandangkan diorang OKB..hehe..
ni la first time aku jumpa diorang lepas masing2 dah ikut haluan yang berbeza...
bila dah jumpa macam2 cter la yang keluar sambil heart to heart sikit2..hehe..
sebab dah lama kitorang tak lepak sama-sama camni so terasa masa cepat sangat berlalu..
still rasa tak puas lagi..hehe..
dah lama kan kita tak lepak2 bertiga camni..
rindu pulak zaman part 1ngan part 2 dulu..
xpe la cuti hari gawai nanti kita lepak lg ok??hehe..
kita release kan tension buat presentation Bel sama2 nanti..hehe..
=)




Sunday, January 1, 2012

goodbye 2011!!!!

hi allzzz...
happy new year!!!!!!
goodbye 2011 and welcome 2012...
hope tahun 2012 akan lebih baik dari tahun 2011 dan tahun2 sebelumnya..
semoga hari2 kita semua akan bertambah ceria selalu..
tiap2 tahun baru selalunya kita akan berazam kn???
x kira la apa pon azam korang semua tahun ni
aku harap semua azam korang akan menjadi kenyataan...
jangan hanya tau berazam tapi x laksanakan pulak..
hehe..
so happy new year...


Tuesday, December 27, 2011

murah-murah!!

waaa...
dah lama x update blog..
bukan xde masa tp malas + x taw nk cter pe..
as a result blog pon ditinggalkan tanpa coretan..hehe..

ni pon sebab tetibe je rajin nk menulis..
so tulis je la..korang plak dialu2kn membaca kalau rajin..huhu..
sempena hari krismas semalam, banyak la kedai2 buat special offer...
terutamanya kedai2 komputer ni..
promosi akhir tahun la katakan..
disebabkan offer tu in limited time maka berduyun-duyun la manusia ke kedai tersebut..
salah seorangnya adalah aku..tu pon sebab di arahkan pergi..haha..
tujuan nye just nak beli mouse and mouse pad je..
offer dia agak melampau la dari kedai2 len sebab mouse dijual dgn harga RM 3 je..
mana nk dapat murah cmtu kan..
banyak la lagi barang2 len yg murah..pendrive 8GB just RM20 je..
mmg berbaloi2 la aku rasa...
nk beli byk2 benda duit plak x mengizinkan..
so just cuci mata je la..huhu..
tapi sementara nk sampai ke cashier tu kena beratur sejam kot..
melampau kn??

ramai kn ?ni sebahagian je..

gmbar ni just sebahagian je..
ada lg ramai kat depan2 tu..
ada yg sanggup potong barisan lg..
geram je tgk perangai diorang...
org len penat beratuer panjang diorng sedap2 je mencelah..
ishh..rasa nk debik je...
semuanya nk beli barang murah saja..
besa la lumrah manusia kn?
di mana je ada jualan murah di situ la semuanya bertumpu..
ibarat di mana ada gula disitu pasti ada semut..
:)

* mouse n mouse pad tu mak aku yg suruh beli sebab senang dia nk men game..hehe..dia x nk pinjam aku punya mouse sebab nanti aku bising..haha...

Tuesday, November 15, 2011

PANTUN..


kira-kira apa yang mahu hamba kongsikan ya disini??
setelah hamba kira-kira ini jawabnya..haha..
ayat klasik la plak kn..
bukan apa hamba masih terpengaruh dengan pertandingan pantun 2011...
semalam hamba melihat pertandingan akhir pantun antara IPTA 2011...
Universiti Malaya vs. Universiti Islam Antarabangsa..
setelah berentap 3 pusingan akhirnya UM menjadi juara pertandingan..

aku suka tengok diorang berbalas2 pantun..
sorang jual sorang lagi beli..
dalam masa yg singkat x sampai 1 minit diorang boleh jawab pantun..
memang mengagumkan..
kalau aku yang masuk pertandingan tu confirm kalah..haha..
 peserta2 pantun tu bukannya asal dari bidang sastera ke ape ke...
but dari bidang undang2, lg ape ntah yg penting bukan sastera la...
hebat kn??

memang aku salute la...
bukan senang nk tengok anak muda zaman sekarang yg pandai berpantun..
kalo pantun mengarut tu banyak la..
hehe...(termasuk la aku kot)
kalo la xde pertandingan mcm ni confirm pantun akan hilang di telan arus kemodenan..
faham2 je la generasi kita sekarang ni...hehe..(termasuklah aku...)
lebih byk mengagungkan budaya luar dari budaya kita sendiri..
betul x kawan2??haha..


Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha


10 Zulhijjah menjelma lg...
so
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di seluruh pelosok dunia..
Hari Raya ini juga dikenali sebagai Hari Raya Korban..
masih ingatkah kita sebab kita meraikan hari raya haji ini???
mari kita renungkan kembali peristiwa disebalik hari ini...

Umat Islam meraikan hari raya korban demi memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah S.W.T. dan juga kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah S.W.T.
Allah telah menguji ketaatan Nabi Ibrahim apabila beliau disuruh untuk mengorbankan anaknya iaitu Nabi Ismail.
setelah mengetahui perintah Allah ini Nabi Ismail rela di jadikan korban oleh Nabi Ibrahim. Kerana ketaatan yang di tunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Allah S.W.T. telah menukarkan tempat Nabi Ismail dengan seekor kibas..

begitulah serba sedikit tentang hari raya aidiladha ini..
besar pengorbanan Nabi Ibrahim kerana sanggup mengorbankan anakanda beliau sendiri..
betapa hebatnya pengorbanan beliau hanya kerana Allah S.W.T...
marilah kita sama2 hayati HARI RAYA AIDILADHA ini...
salam aidiladha semua...=)