CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, November 15, 2011

anai-anai

mesti semua pernah dengar nama serangga ni???
anai2 juga di gelar serangga perosak kn??
kalau still ade yang x kenal anai-anai meh aku perkenal kn..hehe..

ni la koloni anai2 dan yg besar tu ratu dia..

jom berkenalan dgn anai2..
anai2 ni selalunya bersarang dalam tanah or kayu..
ni memang tempat favorite dia la..
kalau kat tanah kita boleh nampak busut anai2..
contoh busut kt gmbar bawah ye..


kenapa aku berminat dengan anai2??
ni semua sebab aku tengok tv la kan..haha..
aku tengok channel national geography td..
of cos la cter pasal anai2 kn..keke..
kalo ikut info yg aku cari kat malaysia ni ada 3 family anai2 iaitu Kalotermitidae, Rhinotermitidae n Termitidae.
but, family Rhinotermitidae ni slalunye jejaskan ekonomi negara dgn rosakkan tanaman kelapa sawit, bangunan dan sebagainya.
famili anai2 pon ada yg baik dgn jahatkn??igtkan manusia je kan..haha..
sebab famili Rhinotermitidae ni la banyak jenama racun anai2 skarang..hehe..
ape yg aku kagum tentang serannga ni ialah ratu anai2 tu..
besarkan ratu anai2 tu??
sebesar tanggungjawabnye jugak..
ratu ni tugas dia pastikan semua anai2 ni terus hidup..
dia boleh bertelur 30,000 biji telur dalam masa 3 saat..
pastu hari2 lak tu dia bertelur..huhu..
amazing kn??
so stakat ni je la dulu info pasal anai-anai ni..hehe..
len kali pasal haiwan len plak ye..haha..






PANTUN..


kira-kira apa yang mahu hamba kongsikan ya disini??
setelah hamba kira-kira ini jawabnya..haha..
ayat klasik la plak kn..
bukan apa hamba masih terpengaruh dengan pertandingan pantun 2011...
semalam hamba melihat pertandingan akhir pantun antara IPTA 2011...
Universiti Malaya vs. Universiti Islam Antarabangsa..
setelah berentap 3 pusingan akhirnya UM menjadi juara pertandingan..

aku suka tengok diorang berbalas2 pantun..
sorang jual sorang lagi beli..
dalam masa yg singkat x sampai 1 minit diorang boleh jawab pantun..
memang mengagumkan..
kalau aku yang masuk pertandingan tu confirm kalah..haha..
 peserta2 pantun tu bukannya asal dari bidang sastera ke ape ke...
but dari bidang undang2, lg ape ntah yg penting bukan sastera la...
hebat kn??

memang aku salute la...
bukan senang nk tengok anak muda zaman sekarang yg pandai berpantun..
kalo pantun mengarut tu banyak la..
hehe...(termasuk la aku kot)
kalo la xde pertandingan mcm ni confirm pantun akan hilang di telan arus kemodenan..
faham2 je la generasi kita sekarang ni...hehe..(termasuklah aku...)
lebih byk mengagungkan budaya luar dari budaya kita sendiri..
betul x kawan2??haha..


Sunday, November 6, 2011

dreams came true...


happy kn matahari ni???
sama macam perasaan aku saat ini..hehe..
bagaikan mimpi menjadi kenyataan!!!!hehe..over kn!!lantak la..
alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi sebab akhirnya aku boleh graduate on time..
nervous gler time aku check result pada masa dan hari berikut :

tarikh : 4 November 2011
hari : Jumaat
masa : 9.01 pg

dup dap dup dap jantung aku macam lepas lari 1 km(over kot)..haha..
seram sejuk nk tgk result sambil di temani oleh my mom..
nak tak nak aku beranikan gak diri tengok result..
sekali aku tgk waaa..
btoi ke ni or aku mimpi je??
serius ke ni result aku??haha..dalam x sedar awal2 pagi lg aku dah menjerit histeria..haha..
walau bukan 4 flat pon tp melebihi target aku la..hehe...
mak ucapkan tahniah kt aku..hehe..
terbangun adik aku yg tengah nyenyak tido..
mmg aku dh x peduli ape2 dah, yg aku taw aku menjerit happy...haha..
biarlah sape nk marah pon, aku x kisah dah..hahha..
disebabkan terlalu happy semua kerja yg org suruh aku buat hari tu semua aku bereskan...hehe...
dengan result ni bermakna aku lulus dan boley graduate dgn member2 yg len..hehe..sukanya..
then, bila abah balik kerja mak pon bgtaw kt abah  pasal result aku..
abah pon ucpkan tahniah and peluk n cium aku..hehe..
i can said that adik2 aku jeles time tu..hahha...whatever...

bila fikir aku boleh graduate on time waaa...
indahnya perasaan ni...
kalau sebelum ni serius aku risau sebab byk khabar angin yang x best but finally aku sampai ke garisan penamat on time..
macam x percaya akhirnya habis dah 3 tahun DIPLOMA..
selama 3 tahun ni byk yg aku pelajari dan lalui..
mcm2 memory ada..
thanks a lot to all my classmate yg byk membantu dalam 3 tahun ni...
thanks guys!!!!!








Selamat Hari Raya Aidiladha


10 Zulhijjah menjelma lg...
so
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di seluruh pelosok dunia..
Hari Raya ini juga dikenali sebagai Hari Raya Korban..
masih ingatkah kita sebab kita meraikan hari raya haji ini???
mari kita renungkan kembali peristiwa disebalik hari ini...

Umat Islam meraikan hari raya korban demi memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah S.W.T. dan juga kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah S.W.T.
Allah telah menguji ketaatan Nabi Ibrahim apabila beliau disuruh untuk mengorbankan anaknya iaitu Nabi Ismail.
setelah mengetahui perintah Allah ini Nabi Ismail rela di jadikan korban oleh Nabi Ibrahim. Kerana ketaatan yang di tunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Allah S.W.T. telah menukarkan tempat Nabi Ismail dengan seekor kibas..

begitulah serba sedikit tentang hari raya aidiladha ini..
besar pengorbanan Nabi Ibrahim kerana sanggup mengorbankan anakanda beliau sendiri..
betapa hebatnya pengorbanan beliau hanya kerana Allah S.W.T...
marilah kita sama2 hayati HARI RAYA AIDILADHA ini...
salam aidiladha semua...=)