CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha


10 Zulhijjah menjelma lg...
so
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di seluruh pelosok dunia..
Hari Raya ini juga dikenali sebagai Hari Raya Korban..
masih ingatkah kita sebab kita meraikan hari raya haji ini???
mari kita renungkan kembali peristiwa disebalik hari ini...

Umat Islam meraikan hari raya korban demi memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah S.W.T. dan juga kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah S.W.T.
Allah telah menguji ketaatan Nabi Ibrahim apabila beliau disuruh untuk mengorbankan anaknya iaitu Nabi Ismail.
setelah mengetahui perintah Allah ini Nabi Ismail rela di jadikan korban oleh Nabi Ibrahim. Kerana ketaatan yang di tunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Allah S.W.T. telah menukarkan tempat Nabi Ismail dengan seekor kibas..

begitulah serba sedikit tentang hari raya aidiladha ini..
besar pengorbanan Nabi Ibrahim kerana sanggup mengorbankan anakanda beliau sendiri..
betapa hebatnya pengorbanan beliau hanya kerana Allah S.W.T...
marilah kita sama2 hayati HARI RAYA AIDILADHA ini...
salam aidiladha semua...=)



No comments:

Post a Comment